Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Malam Wartawan Malaysia 2024 di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 7 Jun 2024. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
AGENDANASIONAL

Adibah Amin diangkat Tokoh Wartawan Negara

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Wartawan wanita veteran Adibah Amin diumumkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada Malam Wartawan Malaysia 2024 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 malam ini.

Pemilik nama sebenar Khalidah Adibah Amin berusia 88 tahun itu merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.

Anugerah berkenaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada adik perempuan beliau Fadzilah Amin, yang mewakili kakaknya yang tidak dapat hadir berikutan faktor kesihatan.

Adibah ialah anak kepada pejuang kemerdekaan Tan Sri Zainon Sulaiman atau Ibu Zain yang terkenal dengan kehebatannya dalam bidang kewartawanan dan penulisan, malah menjadi ahli bahasa, pendidik, serta penyampai berita yang cemerlang.

Beliau yang terkenal dengan penguasaan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu turut menulis tiga novel bahasa Melayu menerusi nama pena Seri Delima, selain menghasilkan lebih 200 drama radio.

 

– BERNAMA


Pengarang :