AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 12 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda hampir semua daerah di Selangor sehingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu, daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah turut dijangka alami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :