Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Anjur program jualan murah, PKPS buka permohonan dalam talian

SHAH ALAM, 15 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka permohonan penganjuran jualan murah barangan asas secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pihak yang berminat menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) boleh memohon menerusi pautan https://forms.gle/3xE6acRZRv17X2zT6 atau mengimbas kod QR poster di bawah.

Pada 15 Januari, Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Rosnani Abd Malik berkata permohonan boleh dibuat melalui pelbagai pihak antaranya wakil rakyat, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan, ahli majlis atau jabatan kerajaan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :