AGENDAJENAYAH

Bayi lelaki sembilan bulan terkunci dalam kereta diselamatkan

KOTA KINABALU, 3 JUN: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terkunci dalam kereta di Jalan Gaya di sini hari ini.

Jurucakap JBPM Sabah berkata pihaknya menerima panggilan 11.28 pagi tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta. Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi tamat pada 11.44 pagi.

– BERNAMA


Pengarang :