AGENDANASIONAL

Bekas KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dilantik pengerusi SPR baharu

PUTRAJAYA, 26 JUN: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ramlan, 60, menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lepas.

Abdul Ghani menjawat jawatan berkenaan bermula Ogos 2020.

– BERNAMA


Pengarang :