Anggota bomba menyelamatkan wanita yang duduk di struktur jejambat Bulatan Pahang pada 7 Jun 2024. Foto Facebook Info Kemalangan dan Bencana Malaysia
AGENDANASIONAL

Bukan bunuh diri, wanita duduk di struktur jejambat tidak sihat mental

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Wanita yang duduk di struktur jejambat Bulatan Pahang di sini semalam, yang videonya tular di media sosial, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan bukan cuba membunuh diri.

Video berdurasi 1 minit 14 saat itu juga menunjukkan wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam, selain anggota bomba yang bersiap sedia dengan aset jentera di bawah jejambat itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan berkata kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang semalam.

“Tiada laporan diterima membabitkan kes ini dan ia bukan kes cubaan bunuh diri. Wanita ini disyaki ada masalah kesihatan mental dan telah diserahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

-BERNAMA

 


Pengarang :