AGENDANASIONAL

Dato’ Menteri Besar doakan kesejahteraan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong

SHAH ALAM, 3 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Beliau mendoakan agar Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan, kedaulatan dan kesejahteraan bersemayam atas takhta pemerintahan kerajaan.

“Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XVII Sultan Ibrahim,” katanya menerusi Facebook.

Hari Keputeraan Baginda adalah hari ini iaitu 3 Jun.


Pengarang :