AGENDAJENAYAH

Doktor ditahan bantu siasatan kes cabul remaja berusia 15 tahun

IPOH, 7 JUN: Doktor ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lalu susulan laporan yang dibuat remaja itu pada 9.14 malam, 4 Jun.

“Mangsa mengatakan diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan sebuah hospital,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.

– BERNAMA


Pengarang :