Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil (kanan) menyerahkan sumbangan wakaf kepada nazir Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk menaik taraf kemudahan pada 3 Jun 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor
AGENSISELANGOR

Dua masjid terima sumbangan wakaf naik taraf prasarana

SHAH ALAM, 5 JUN: Dua masjid di Selangor menerima sumbangan bernilai RM183,699.79 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk menaik taraf prasarana demi keselesaan jemaah.

Menerusi Facebook PWS, sumbangan wakaf berjumlah RM133,699.79 diserahkan kepada Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, manakala baki kepada Masjid Ar Rahman Kampung Raja Musa, Kuala Selangor.

“Sumbangan wakaf fisabilillah untuk pemasangan karpet baharu di Masjid Ar Rahman, sementara Masjid Bandar Tun Hussein Onn hasil kutipan tabung wakaf tunai yang diletakkan di masjid.

“Sebanyak 33 peratus daripada hasil kutipan tabung akan diserahkan balik kepada masjid untuk kegunaan institusi dan manfaat jemaah,” kata perbadanan itu pada 3 Jun.

Sumbangan diserahkan Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil kepada nazir masjid berkenaan.

Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor.


Pengarang :