Suasana sekitar majlis penutup Karnival Kanak-kanak Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam pada 28 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Kampung Tunku anjur saringan kesihatan percuma kanak-kanak 2 hingga 12 tahun esok

SHAH ALAM, 28 JUN: Kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku berpeluang menjalanai saringan kesihatan percuma esok.

Wakil rakyatnya, Lim Yi Wei berkata kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun akan mendapat saringan asas status indeks jisim badan (BMI), tumbesaran dan pemakanan.

Berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Baru Sungai Way dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, kanak-kanak yang lahir atau bermastautin di Selangor, ibu bapa atau penjaga pengundi Selangor dan tiada kecacatan fizikal nyata layak disaring.

“Inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menerusi program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).

“Ia sebagai intervensi jangka panjang masalah bantut pada kanak-kanak yang dikenalpasti memberi kesan kepada tujuh daripada 10 kanak-kanak di Malaysia.

“Boleh datang terus (walk-in) dan 100 orang pertama akan mendapat susu kotak percuma,” katanya di Facebook.

Tahun lalu, seramai 1,825 kanak-kan berumur lima tahun dan ke bawah yang kurang zat makanan mendapat bantuan nutrisi di bawah program ASAS.

Inisiatif itu bagi mengekang isu tumbesaran terbantut dan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah.


Pengarang :