Penduduk bergotong-royong melapah lembu korban ketika program Jom Rewang dan Kenduri sempena Aidiladha di Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam pada 2 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Lembah Jaya sumbang 17 haiwan sempena Aidiladha tahun ini

SHAH ALAM, 14 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya menyumbang 10 kambing dan tujuh lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Wakil rakyatnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata sumbangan itu akan diagih kepada masjid dan surau bagi melaksana ibadah korban.

ADN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad

“Tahun ini kita akan beri kepada ketua kampung dan ahli majlis untuk mereka agihkan haiwan korban ini kepada masjid dan surau dalam DUN Lembah Jaya.

“Kemudian lembu dan kambing yang dikorban ini akan diberi kepada golongan memerlukan berdasarkan semakan ketua kampung dan ahli majlis,” katanya kepada Selangorkini.

Syed Ahmad berkata pihaknya juga akan menganjurkan rewang sempena Aidiladha pada 22 Jun di Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Mufti bermula jam 8 pagi.

“Kita mengalu-alukan penduduk berhampiran untuk hadir mengimarahkan ibadah korban dan rewang Aidiladha pada hari tersebut,” katanya.

Sempena perayaan Aidiladha tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban, membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu.

Haiwan berkenaan diagih kepada kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).


Pengarang :