Ahli jemaah bertungkus-lumus menumbangkan lembu sado baka Charolais untuk dikorbankan sempena Aidiladha di Masjid Al-Ikhlasiah, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2022. Foto BERNAMA
ADNSELANGOR

DUN Sentosa agih 14 haiwan korban untuk masjid, surau sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 13 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menyumbang 10 ekor kambing dan empat lembu ke beberapa masjid dan surau sekitar DUN itu sempena Aidiladha tahun ini.

Wakil rakyat Dr D Gunaraj berkata sumbangan itu membolehkan ibadah korban dijalankan sekali gus mengagihkan daging kepada golongan memerlukan.

“Kita turut menganjur kenduri rakyat pada malam raya bertempat di kawasan lapang bersebelahan Masjid Al-Barakah, Taman Sentosa.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj bercakap kepada Media Selangor pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan anjuran ADN Sentosa di Laman Mazmida, Taman Sungai Jati Permai, Klang pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kerja rewang bermula dari pagi. Kita sembelih lembu dan kambing dengan anggaran tetamu 500 orang. Semua dijemput hadir,” katanya kepada SelangorKini.

Sempena perayaan Aidiladha tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban, membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu.

Haiwan berkenaan diagih kepada kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).


Pengarang :