EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari (tengah) bergambar bersama peserta pada program kesedaran undang-undang pemilikan harta dan rumah di De Palma Resort Kuala Selangor pada 29 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Beberapa berita baik untuk wanita, masyarakat diumum pada sidang DNS

KUALA SELANGOR, 29 JUN: EXCO pembangunan wanita dan kebajikan masyarakat membawa beberapa berita baik pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), minggu depan.

Anfaal Saari berkata antara yang bakal diumum termasuklah pelancaran semula Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2026 serta penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor.

EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari berucap pada program kesedaran undang-undang pemilikan harta dan rumah di De Palma Resort Kuala Selangor pada 29 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2026 telah dilancar pada 30 Mei lalu. Pada DNS lalu kita sasarkan untuk siap dan dilancarkan semula.

“Yang kedua adalah prapromosi berkaitan penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor. Kami sasarkan pada November untuk peluncuran yayasan itu.

“Ia akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak kurang upaya termasuk belia. Banyak ruang dan kerjasama kerana dana tidak akan terbatas pada Kerajaan Negeri sahaja tetapi bersama syarikat korporat,” katanya.

EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari (tengah) beramah mesra bersama peserta pada program kesedaran undang-undang pemilikan harta dan rumah di De Palma Resort Kuala Selangor pada 29 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menyempurnakan program kesedaran undang-undang pemilikan harta dan rumah anjuran LPHS dan WBS di De Palma Resort di sini, semalam.

Sebelum ini, Speaker DNS Lau Weng San dilaporkan berkata DNS dijadual bersidang selama dua minggu mulai 4 hingga 18 Julai depan.

Beliau berkata tarikh terbabit mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sekali gus membolehkan pelbagai usul dibahaskan.

Dato’ Menteri Besar dijangka membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) termasuk Pembangunan Kawasan Sabak Bernam dan Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan.


Pengarang :