EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berucap ketika Program Jalinan Kasih Mesra PPR Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

EXCO: Dana RM2.5 juta baik pulih tiga PPR, diami penempatan selesa

SHAH ALAM, 8 JUN: Sejumlah RM2.5 juta diperuntuk untuk membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara dan PPR Seri Kiambang di Serendah.

EXCO perumahan berkata selain dana negeri, tiga PPR tersebut turut menerima tambahan peruntukan penyelenggaraan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM1.74 juta.

Jelas Borhan Aman Shah, pentadbiran negeri dan persekutuan bertekad memastikan penghuni perumahan strata menikmati kehidupan yang selesa.

“Belanjawan Selangor 2024 menggariskan iltizam untuk terus menambah baik dasar dan polisi PPR dari semasa ke semasa dan sekali gus memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Usaha ini juga merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam merealisasi hasrat dan harapan rakyat untuk mendiami kediaman yang lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan program Jalinan Kasih Mesra PPR Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom, di sini. Hadir sama Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Dato’ Dr Juhari Ahmad.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Dato’ Dr Juhari Ahmad melapah lembu ketika Program Jalinan Kasih Mesra PPR Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Dalam pada itu, Borhan turut mengumumkan peruntukan khas RM1.5 juta kepada PPR Kampung Baru Hicom untuk kerja penyelenggaraan dan pengantian lif di bawah program Lif Madani 2.0.

Tambahnya, PPR Kampung Baru Hicom turut menerima projek menambah baik kemudahan asas seperti ruang legar kedai makan, landskap, kawasan arkir motosikal serta gelanggang futsal.

“Kerajaan Negeri sedia maklum situasi semasa yang semakin mencabar dan usaha mengukuhkan ‘smart partnership’ dengan pelbagai pihak akan terus dipergiat bagi membangunkan PPR ke arah acuan Keluarga Madani,” katanya.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua kiri) menyaksikan penyerahan cek cura bagi penyelenggaraan dan penggantian baikpulih lif bawah Lif Madani 2.0 kepada Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Dato’ Dr Juhari Ahmad (kiri) sempena program Jalinan Kasih Mesra Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua kiri) menerima sumbangan ‘boom gate’ daripada wakil Permodalan Negeri selangor Berhad (PNS ) ketika Program Jalinan Kasih Mesra PPR Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bergambar bersama peserta futsal Program Jalinan Kasih Mesra PPR Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :