Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) memantau fenomena air pasang besar di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada 30 September 2023. Foto Facebook MPK
AGENSISELANGOR

Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang, penduduk diminta waspada

SHAH ALAM, 5 JUN: Orang ramai dinasihat waspada dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di stesen Pelabuhan Klang sehingga esok.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang memaklumkan bacaan paras air laut dijangka setinggi 5 meter antara jam 5 petang ini dan esok.

Berdasarkan infografik jabatan itu di Facebook, paras air laut di stesen itu dijangka setinggi 4.6 meter pada pagi esok.

Cuaca di kawasan itu pula diramal ribut petir di satu dua kawasan petang ini dan cuaca sama dijangka pada esok.

Sebelum ini, Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena air pasang besar boleh menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan kemungkinan banjir.

Penduduk berhampiran kawasan persisir pantai disaran lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini dan sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.


Pengarang :