AGENDAJENAYAH

Guru jadi mangsa tipu jual beli lembu ibadah korban menerusi WhatsApp

JEMPOL, 18 JUN: Guru wanita berusia 39 tahun menjadi mangsa penipuan jual beli lembu untuk ibadah korban menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata guru terbabit berurusan dengan penjual lembu dikenali Anis pada 12 Jun lalu bagi pembelian seekor lembu.

Beliau berkata mangsa berbincang mengenai harga lembu yang mahu dibelinya dengan lelaki berkenaan.

“Ahad lalu, mangsa membuat pembayaran RM2,900 secara dalam talian ke akaun bank milik individu lain dan kemudian lelaki itu berjanji menghantar lembu ke masjid ditetapkan.

“Bagaimanapun semalam, apabila mangsa pergi ke masjid untuk buat korban, tiada lembu seperti dijanjikan.

“Mangsa bertanya penduduk kampung dan mereka memaklumkan nombor telefon dihubungi mangsa bukan milik Anis,” katanya lapor Berita Harian.

Hoo berkata, siasatan lanjut polis mendapati mangsa terpedaya dalam urusan jual beli lembu selepas mangsa mencari lembu korban di laman media sosial.

Katanya mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan polis 6.12 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Pengarang :