Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hampir seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 4 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda hampir seluruh Selangor hingga 9 malam ini.

Daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah,

Agensi itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :