Pekerja mengisi minyak diesel kenderaan pelanggan semasa tinjauan di stesen minyak di Jalan Tok Adis Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 9 Jun 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol, diesel kekal hingga 26 Jun

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Menurut MOF kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :