BUDAYARENCANA

Hawa Brehi

ada sesuatu yang terlekat dalam tekak aku. ia setiap jawapan berimbuhan “nir-”. setiap
“nyah-” cuba membiasakan kewujudan dirinya. dalam sajak, antara perkara yang aku
tak pandai ialah penyelesaian. aku masih belum reti nak bezakan antara ketibaan &
keberangkatan—kedua-duanya nampak sama. dalam sajak, antara perkara yang aku
tak siapkan ialah makna & jawapan. “tinggal” menjadi pusaka kami saling warisi. soalan
merupakan nama lain untuk suara. kebungkaman pula bukti kita pernah cuba untuk
bersuara—berapa ramai sudi dengar? mungkin sebab itu aku rasa masih ada sejenis
kepulangan belum aku jumpa apa yang perlu ada di atas titiknya:
! [batang lurus jarum meraung]
atau
? [cangkuk belok kail menyoal]

—tekak aku sakit.

[…]

(tapi) aku masih nak
merasakan sesuatu.

 

Jack Malik


Pengarang :