Orang ramai melakukan pemeriksaan mata dalam program Selangor Saring peringkat DUN Bandar Utama di Atria Shopping Gallery pada 1 Jun 2024. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jom sertai saringan kesihatan percuma di Dewan Sri Jugra hari ini

SHAH ALAM, 30 JUN: Penduduk sekitar Kuala Langat berpeluang menjalani program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat hari ini.

EXCO kesihatan berkata Selangor Saring yang bermula 9 pagi hingga 3 petang menyediakan saringan kesihatan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

“Selain itu saringan barah (kolorektal, prostat, pangkal rahim, payudara), mata (rabun, glaukoma, retina) dan saringan tambahan (gigi, telinga dan fisioterapi).

“Anda digalak membuat prapendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana ujian saringan berdasarkan penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1-800-22-6600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” kata Jamaliah Jamaluddin di Facebook.

 


Pengarang :