Wajah baharu lori kompaktor KDEB Waste Management (KDEBWM) yang dilancarkan ketika Majlis pelancaran lori pemampat dan imej korporat baharu KDEBWM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KDEBWM kutip lebih 5,000 tan sampah pada Aidiladha

SHAH ALAM, 18 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip sejumlah 5,340.10 tan sampah setakat hari pertama sambutan Aidiladha semalam.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kutipan membabitkan sampah domestik sebanyak 4,797.13 tan dan pembersihan awam 542.97 tan.

“Seramai 4,397 pekerja bertugas di 384 kawasan. KDEBWM sentiasa menjalankan tanggungjawab membuat kutipan setiap hari termasuk pada Aidiladha semalam,” katanya.

Tambah beliau, KDEBWM menyediakan 939 lori bagi melaksana operasi janaan sampah melibatkan Roll On Roll Off’ (Roro) pembersihan (324), Roro domestik (57) dan lori kompaktor (558).

“Jumlah kutipan tahun ini menurun banding tahun lalu. Antara faktor yang menyebabkan jumlah itu menurun adalah kerana, setakat hari ini masih banyak kedai belum dibuka,” katanya.

 

 


Pengarang :