Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tengah) dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir (kanan) melakukan gimik selepas sidang media perluasan program kitar semula di Kabin Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3, Subang Jaya pada 24 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM saran setiap DUN anjur program kitar semula, pupuk kesedaran masyarakat

SUBANG JAYA, 24 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengalu-alukan insiatif menggalakkan budaya kitar semula di setiap dewan undangan negeri (DUN).

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pihaknya sentiasa menyokong usaha berkaitan ke arah mengurangkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir dan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze ketika sidang media perluasan program kitar semula di Kabin Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3, Subang Jaya pada 24 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ditemui pada sidang media mengenai perluasan program kitar semula anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, katanya inisiatif seumpama itu wajar dicontohi DUN lain ke arah meningkatkan kesedaran amalan kitar semula dalam kalangan penduduk.

“Ini usaha yang sangat membantu mengurangkan sampah dibuang ke tapak pelupusan sampah. Kepentingan kitar semula mungkin dipandang ringan namun kesannya besar kepada alam sekitar dan ia sebenarnya perlu bermula dengan sekecil-kecil usaha.

“Jadi semua pihak diseru peka dengan sensitiviti alam sekitar dan KDEBWM sedia bekerjasama dengan mana-mana pihk DUN untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya.

Terdahulu, pada sidang media itu Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze memaklumkan program kitar semula kerjasama pihaknya dengan KDEBWM akan diperluas melibatkan keseluruhan kawasan USJ 1 hingga USJ 22.

Ia susulan hasil kutipan memberangsangkan melibatkan hampir 140,000 kilogram (kg) barangan kitar semula sejak Januari hingga bulan lalu.


Pengarang :