AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Klang, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 19 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 11 pagi ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :