AGENDANASIONAL

Kuala Selangor antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 6 JUN: Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 11 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda seluruh Perak selain beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :