Orang ramai mendengar seminar penghayatan Riyadhu as-Salihin ‘Peradaban Akhlak dari Riyadhu as-Salihin’ sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kupasan kitab Riyadhu as-Salihin dapat sambutan, tiga sesi lagi berlangsung esok

SHAH ALAM, 1 JUN: Hampir 700 peserta menyertai kupasan kitab Riyadhu as-Salihin karya Imam an-Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor bagi sesi pertama hari ini.

Dewan Syarahan dan Muzakarah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu hampir penuh dengan peserta dari dalam dan luar negara.

Seminar penghayatan bertajuk Peradaban Akhlak dari Riyadhu as-Salihin itu dikupas Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty dan Rektor Institut Studi Islam Fahmina (ISIF) Jawa Barat Indonesia, Dr KH Marzuki Wahid.

Rektor Institut Studi Islam Fahmina Dr KH Marzuki Wahid bercakap ketika seminar penghayatan Riyadhu as-Salihin ‘Peradaban Akhlak dari Riyadhu as-Salihin’ sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kitab itu menghimpunkan 1,896 hadis Rasulullah SAW mencakupi aspek kehidupan Muslim antaranya kepercayaan, perilaku, adab dan tatacara ibadat.

Seminar dibuka dalam lima sesi di Dewan Orkid, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini mulai hari ini hingga esok.

Esok akan berlangsung Sesi 3: Memanfaatkan Riyadhu as-Salihin untuk mengatasi kemelut kerohanian muslim moden pada jam 8.30 pagi. Disampaikan Penyandang Kursi al-Ghazali, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Osman Bakar.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty ketika seminar penghayatan Riyadhu as-Salihin ‘Peradaban Akhlak dari Riyadhu as-Salihin’ sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Diikuti Sesi 4 pada jam 10.45 pagi dengan tajuk peranan wanita dalam perspektif tradisi disampaikan Prof Kehormat Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Siti Rugayah Tibek.

Sesi terakhir pada jam 2 petang, Feqh Kenegaraan: Ibrah Nabawiah pula akan disampaikan Mufti Selangor Dato’ Seri Utama Diraja Prof Madya Dr Anhar Opir dan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Baba Ghazali Ahmad Al-Fathoni.

Pemilihan karya Imam an-Nawawi sebagai tema festival kali ini dibuat hasil cetusan fikiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Selain sesi pengajian, peserta berpeluang melihat manuskrip al-Quran dan kitab warisan Islam Alam Melayu. Persembahan artis antarabangsa Abu Sha’ar Bro dari Syria antara tarikan baharu festival berkenaan.

Maklumat lanjut tentang festival ini boleh dicapai di laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor 2024.

Orang ramai mengikuti seminar penghayatan Riyadhu as-Salihin ‘Peradaban Akhlak dari Riyadhu as-Salihin’ sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :