AGENDANASIONAL

Loji air henti tugas akibat peningkatan warna, agih bekalan guna lori tangki

SHAH ALAM, 21 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghenti tugas sementara loji rawatan air (LRA) Bukit Nanas hari ini berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat di LRA berkenaan.

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya masih giat mengesan punca kejadian.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Berikut senarai lokasi terlibat:


Pengarang :