Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar dengan mahasiswa Selangor dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada Program Jerayawa Kita Selangor Zon Utara di USM pada 30 Jun 2024. Foto FITRI HAAM HAZIM/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB jumpa, dialog dengan lebih 300 mahasiswa Selangor di USM

TASEK GELUGOR, 30 JUN: Dato’ Menteri Besar mengadakan pertemuan dan berdialog dengan 327 mahasiswa kelahiran Selangor di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menerusi segmen Sembang Sempoi pada program Jerayawa Kita Selangor Zon Utara, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menjawab soalan dan mendengar pandangan mahasiswa mengenai hala tuju pentabiran negeri.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (Permas) dihadiri pelajar USM, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Amirudin beliau menyerahkan sumbangan laptop melalui skim pinjaman secara percuma dan hadiah cabutan bertuah seperti jersi Selangor FC, gaming keyboard, fon kepala, kerusi gaming, telefon pintar Samsung A55 dan iPad.

Beliau turut menyampaikan sumbangan bencana berjumlah RM2,000 untuk setiap empat pelajar Unimap yang ditimpa musibah kebakaran di kediaman penginapan mereka baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Pembangunan Pusat Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM Proffesor Dr Azizah Omar dan Ketua tanggugjwab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Kaunter Jawatankuasa Pendidikan Negeri juga dibuka bagi memberi penerangan inisiatif kepada mahasiswa dan belia seperti Peduli Siswa, Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU), Geran Penyelidikan Negeri Selangor dan Insentif Roda Darul Ehsan (RIDE).

Mahasiswa berpeluang mengemukakan permohonan tawaran Skim Jom Pinjam Laptop secara percuma untuk tempoh enam bulan (satu semester) pengajian di kaunter Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).


Pengarang :