Wakil Southeast Asia Wolfsburg, Kenhew Tze Kan (tengah) menyerahkan surat tawaran percubaan pasukan bola sepak VFL Wolfsburg di Jerman selama enam minggu kepada Qaseh Rania Khairul Najib,14 (tiga kanan) di Bangunan Darul Ehsan pada 27 Jun 2024. Turut hadir, Naib Presiden Wolfsburg, Andreas Kruse (tiga kiri), Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua kanan) dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi (kanan). Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI ketengah bakat Qaseh Rania ke antarabangsa, sertai kelab bola sepak Jerman

SHAH ALAM, 28 JUN: Pemain bola sepak wanita tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Qaseh Rania Khairul Najib menerima tawaran kelab Bundesliga, VFL Wolfsburg.

Ketua tanggungjawab sosial korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata remaja berusia 14 tahun itu akan menjalani sesi percubaan bersama kelab yang berpangkalan di Jerman selama enam minggu bermula Ogos ini.

“MBI telah bantu bangunkan bakat Rania sejak 2020 termasuk menaja kos RM15,000 ketika mengikuti program latihan bersama kelab NK Osijek (Liga 1 Croatia) pada 2022.

“MBI akan bekerjasama dengan Wolfsburg untuk membangunkan kerjaya bola sepak Rania hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan cenderamata kepada Naib Presiden Wolfsburg, Andreas Kruse ketika sesi serah surat tawaran percubaan pasukan bola sepak VFL Wolfsburg di Jerman selama enam minggu kepada Qaseh Rania Khairul Najib,14 di Bangunan Darul Ehsan pada 27 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas majlis serahan surat tawaran tempoh percubaan antara VFL Wolfsburg dan Qaseh Rania di ibu pejabat MBI, di sini semalam.

Azri berharap Pemain Muda Terbaik bagi saingan Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) 2023 itu memanfatkaan peluang menjalani sesi percubaan bersama gergasi kelab bola sepak wanita itu.

“Tawaran Wolfsburg kepada Rania satu kejayaan membanggakan dalam usaha MBI cungkil bakat sukan ke peringkat tinggi,” katanya.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui ketika sesi serah surat tawaran percubaan pasukan bola sepak VFL Wolfsburg di Jerman selama enam minggu kepada Qaseh Rania Khairul Najib,14 di Bangunan Darul Ehsan pada 27 jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Sementara itu, wakil Wolfsburg di Asia Tenggara Kenhew Tze Kan mengakui bakat dan kemahiran tinggi dimiliki Qaseh Rania mendorongnya untuk mengemukakan cadangan kepada kelab menawarkan sesi percubaan buat bekas pemain Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) FC itu.

Beliau turut memuji MBI atas usaha dan dedikasi membangunkan bakat muda bola sepak hingga ke peringkat bertaraf dunia.

“Rania wajar diberi tawaran ini setelah saya kaji permainan beliau melalui video perlawanan.

“Rania akan mendapat pendedahan berlatih dengan juara dua kali kejohanan Liga Juara-juara Eropah (UCL) dibarisi pemain wanita terbaik dunia,” katanya.

Qaseh Rania Khairul Najib,14 ketika sesi serah surat tawaran percubaan pasukan bola sepak VFL Wolfsburg di Jerman selama enam minggu kepada beliau di Bangunan Darul Ehsan pada 27 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :