Sebahagian penduduk menyertai Program Goyong-Royong Memerangi Nyamuk Aedes di Pangsapuri Sri Puteri, Ukay Perdana pada 30 Jun 2024. Foto Pertubuhan Penduduk Apartment Sri Puteri (PPASP)
PBTSELANGOR

MPAJ, PKD Gombak jayakan kempen perangi nyamuk aedes

SHAH ALAM, 3O JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menjayakan kempen perangi nyamuk aedes di Pangsapuri Sri Puteri, Ukay Perdana hari ini.

Program Goyong-Royong Memerangi Nyamuk Aedes anjuran pertubuhan penduduk dengan kerjasama Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan surau pangsapuri dimulakan dengan taklimat mengenai wabak denggi.

Program diteruskan dengan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman selain diserikan dengan pertandingan mewarna, dam denggi dan mencari jentik-jentik untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak menyertai pertandingan pada Program Goyong-Royong Memerangi Nyamuk Aedes di Pangsapuri Sri Puteri, Ukay Perdana pada 30 Jun 2024. Foto Pertubuhan Penduduk Apartment Sri Puteri (PPASP)

Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ turut menyediakan tong Roll On Roll Off (RORO) untuk memudahkan penduduk membuang barangan yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Selain itu, MPAJ mengedar ubat jentik-jentik termasuk membuat pembelian barangan kitar semula seperti sisa minyak masak, barangan elektronik terpakai, kertas, kotak, barangan plastik serta botol kaca.


Pengarang :