Pencari kerja mendaftar sebelum menjalani temu duga sempena Jelajah JobCare anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor pada 30 September 2023. Foto UPPS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pameran kerjaya di Batang Kali Sabtu ini, sedia sesi temu duga

SHAH ALAM, 26 JUN: Orang ramai dijemput hadir ke program Karnival Kerjaya Jobcare di Batang Kali Sabtu ini.

Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) berkata syarikat dari pelbagai industri akan membuka kaunter untuk memperkenalkan kekosongan jawatan terkini kepada pengunjung.

“Pejabat EXCO Sumber Manusia V Papparaidu dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran program Karnival Kerjaya Jobcare yang akan diadakan di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali pada 29 Jun 2024.

“Program ini sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menyokong pencari kerja dan mempromosikan peluang pekerjaan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Selain kaunter, terdapat juga sesi temu duga kerja yang akan dijalankan sepanjang hari. Program itu bertujuan mempercepatkan proses pengambilan pekerja dan memudahkan penempatan kerja segera bagi calon layak.

“Ini adalah peluang unik bagi warga Selangor mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka.

“Orang ramai digalakkan membawa salinan resume dan bersedia untuk temu duga segera. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat EXCO Papparaidu di talian 03-55447305 atau 03-55447307,” katanya.


Pengarang :