Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sentiasa menumpukan usaha memudahkan urusan kalangan perniagaan dan pembayar cukai. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pejabat LHDN KL kini operasi di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim

PUTRAJAYA, 2 JUN: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Lumpur kini beroperasi di lokasi baharu iaitu di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim.

LHDN memaklumkan dalam kenyataan hari ini pejabat di Menara Olympia, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya.

Menurut agensi itu, sebarang urusan surat-menyurat boleh dimajukan kepada alamat baharu iaitu LHDN Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.

“Pejabat LHDN Kuala Lumpur sebelum ini telah mengeluarkan hebahan penutupan melalui notis pemberitahuannya pada 29 Mac lepas sebagai pemakluman awal bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai di lokaliti berkenaan,” menurut LHDN.

Pmbayar cukai juga boleh berkunjung ke pejabat agensi itu di Pudu Sentral atau mana-mana pejabat LHDN berhampiran atau menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN.

-BERNAMA


Pengarang :