AGENDANASIONAL

Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar

SHAH ALAM, 30 JUN: Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Lamborghini yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 57.1 Jalan Bentong-Karak pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata seorang penumpang wanita berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu pemandu yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Akibat kemalangan itu, kereta mewah berkenaan terbakar sepenuhnya,” lapor Berita Harian.


Pengarang :