EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berucap ketika Festival Reka Bentuk dan Kraf 2024 (Tukang) di The Spine @ PJKita, Petaling Jaya pada 9 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pergiat program seni, budaya, angkat Selangor pusat industri kreatif

PETALING JAYA, 9 JUN: Sejumlah peruntukan disediakan setiap tahun untuk menganjurkan program seni dan budaya seiring hasrat mengangkat Selangor sebagai pusat industri kreatif.

EXCO pelancongan berkata agensi seperti Menteri Besar Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Tourism Selangor juga sedia menyokong usaha tersebut selain mengetengahkan bakat tempatan.

“Festival Reka Bentuk dan Kraf (Tukang) 2024 yang dianjurkan Tourism Selangor adalah antara contoh acara yang bagus untuk memelihara seni dan warisan. Program seperti ini juga boleh menarik kedatangan pelancong.

“MBI dan Tourism Selangor juga sedia menyokong artis tempatan melalui pemberian dana dengan melihat kemampuan bajet yang ada untuk menonjolkan bakat mereka seperti Festival Tukang di masa akan datang,” kata Dato’ Ng Suee Lim

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan penutupan festival tersebut di TheSpine, PJKita, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suee Lim menjelaskan Kerajaan Negeri turut memberi fokus memperluaskan program mengasah bakat artis tempatan dalam seni kreatif melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Negeri galakkan anak-anak muda berbakat menghubungi PBT melalui bahagian jawatankuasa pelancongan mengikut kawasan masing-masing bentang karya serta produk mereka untuk diteliti bagi tujuan promosi.

“Selain PBT, pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyokong bakat seni seperti Dasein Academy of Arts dan The One Academy yang boleh menjadi platform tonjolkan karya mereka,” katanya.

Pengunjung melihat barangan kraf yang terdapat di reruai jualan ketika Festival Reka Bentuk dan Kraf 2024 (Tukang) di The Spine @ PJKita, Petaling Jaya pada 9 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :