Penyanyi, Ara Johari, 24, menghiburkan petugas dan sukarelawan sempena penutupan pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 3 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pertandingan Bintang Asli Remaja MDSB tawar wang tunai RM800

SHAH ALAM, 21 JUN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM800 kepada pemenang Pertandingan Bintang Asli Remaja pada Julai depan.

Menurut poster di Facebook, penyertaan masih dibuka sehingga 5 Julai dan tiada yuran dikenakan dan terhad kepada 50 peserta sahaja.

Syarat penyertaan adalah peserta berumur 15 hingga 25 tahun bagi kategori lelaki dan wanita selain peserta hanya boleh menyanyikan satu lagu sahaja.

Peserta perlu membawa minus one sendiri dan pertandingan hanya berkonsep nyanyian solo dengan genre tradisional Melayu.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM400 dan sijil penyertaan manakala tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM100).

Juara bagi kedua-dua kategori akan mewakili Sabak Bernam ke pertandingan sama di peringkat negeri dan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat MDSB iaitu Mohd Faizal 017-618 0589 atau Sharil 011-2801 3936.


Pengarang :