Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) Mohamed Fareed Ashaaree bergambar besama pasukan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjuarai Perlawanan Persahabatan Boling anjuran MSSB di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKPS juara boling persahabatan sempena ulang tahun ke-15 Media Selangor

SHAH ALAM, 29 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) merangkul gelaran juara menerusi Perlawanan Persahabatan Boling anjuran Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), semalam.

Tempat kedua dimenangi News Straits Times Press diikuti KDEB Waste Management (tempat ketiga), Perbadanan Wakaf Selangor (tempat keempat) dan MSSB (tempat kelima).

Berlangsung di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam, acara berkenaan dianjurankan MSSB sempena ulang tahun ke-15 syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) Mohamed Fareed Ashaaree (tengah, hadapan) bergambar bersama semua peserta Perlawanan Persahabatan Boling anjuran MSSB di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Fareed Ashaaree berkata acara itu bagi menghargai syarikat, agensi Kerajaan Negeri dan rakan media yang banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada MSSB.

“Perlawanan persahabatan ini dianjurkan bersempena ulang tahun MSSB yang ke-15. Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi bersama turut serta dalam perlawanan hari ini (semalam).

“Semoga dengan pertemuan ini ia dapat merapatkan lagi ukhwah antara MSSB dan semua agensi terlibat,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan serentak merasmikan perlawanan itu.

Suasana ketika Perlawanan Persahabatan Boling anjuran Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, MSSB menjemput sebanyak 18 agensi termasuk beberapa organisasi media bagi menyertai perlawanan tersebut.

Antara yang terlibat termasuklah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Invest Selangor dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC).

Aksi sebahagian peserta Perlawanan Persahabatan Boling anjuran Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Turut sertai Tourism Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Halal International Selangor (HIS).

Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Koridor Utiliti Selangor (KUSEL), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), BERNAMA, Berita Harian dan MYTV turut sama menyertai.


Pengarang :