Setiausaha politik perdana menteri, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada Azlee Senario di kediamannya pada 11 Jun 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

PM hulur sumbangan kepada Azlee Senario

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi anggota kumpulan Senario itu di kediamannya hari ini.

“Sebelum ini beliau menerima rawatan di Institut Jantung Negara selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.

“Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya.

– BERNAMA


Pengarang :