Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Hadis 40 pada majlis perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM luncur kitab Ihya’ Ulumuddin, Hadis 40 Imam an-Nawawi terbitan IBDE

Oleh SOFIA NASIR & SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 1 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluncurkan terjemahan Kitab Ihya’ Ulumuddin (Lima Jilid) dan Hadis 40 Imam an-Nawawi: Sebuah Huraian Untuk Dunia Semasa terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Majlis peluncuran yang disempurnakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sempena Festival Turath Islami Selangor turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dianggap karya teragung Imam al-Ghazali, terjemahan kitab Ihya’ Ulumuddin yang merangkumi empat rubu’ (bab) diterjemah ke bahasa Melayu dengan pembiayaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerusi projek Siri Warisan Islami Selangor.

Jilid pertama hingga kelima karya itu merangkumi Jilid 1: Kitab Ilmu, Jilid 2: Kitab Asas Akidah, Jilid 3: Kitab Hikmah Bersuci dan Sembahyang, Jilid 4: Kitab Hikmah Zakat, Puasa dan Haji dan Jilid 5: Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Hadis 40 pada majlis perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Kitab Hadis 40 Imam an-Nawawi, atau al-Arba’in al-Nawawiyah pula menghimpunkan hadis penting yang membahaskan perkara usul dan sendi agama mencakupi kehidupan umat Islam dari sudut akhlak, akidah, hukum dan amal soleh.

Kitab huraian bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah itu menumpukan nilai yang dibawa Rasulullah SAW dengan memperbetulkan salah faham masyarakat, misalnya perintah Allah untuk memerangi manusia supaya beriman.

Terdahulu Anwar turut merasmikan Seminar Penghayatan Riyadhu As Salihin.

Orang ramai hadir pada majlis perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Festival kali kedua yang berlangsung hingga esok diisi pelbagai pengisian termasuk Pameran Al-Wahyu yang membawa manuskrip tulisan tangan berusia ratusan tahun.

Bertema Mendalami Khazanah Kitab Islam, maklumat program, lokasi serta pendaftaran boleh dibuat menerusi http://www.turathislamselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

 


Pengarang :