ADN Kinrara, Ng Sze Han (tengah) bergambar pada Majlis perasmian COART Pesta Seni Komuniti Puchong 2024 di Taman Wawasan Recreational Park, Puchong pada pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Puchong nadi Lembah Klang Raya, bakal dilengkapi pelbagai kemudahan

SUBANG JAYA, 23 JUN: Puchong yang menjadi titik tengah pembangunan Lembah Klang Raya bakal tampil lebih pesat dengan memiliki segala kemudahan diperlukan rakyat.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata pembangunan juga seiring kelestarian termasuk keindahan alam sekitar sekali gus menjamin kesejahteraan dan keseimbangan untuk kehidupan berdaya huni.

“Puchong akan jadi nadi kepada Lembah Klang Raya dan ini merupakan cabaran untuk kita sentiasa naik taraf dan sediakan kemudahan asas.

Antara persembahan yang diadakan pada Majlis perasmian COART Pesta Seni Komuniti Puchong 2024 di Taman Wawasan Recreational Park, Puchong pada pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Berbanding 20 tahun lalu, kita sudah lakukan banyak perubahan demi kepentingan rakyat. Kita kembangkan rangkaian pengangkutan dan akan datang kita suntik pelbagai lagi kemudahan,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Festival Seni Komuniti Puchong (COART) yang dianjurkan di Taman Wawasan di sini hari ini.

Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Kinrara berkata Puchong juga bakal memiliki kompleks sukan bertaraf antarabangsa bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti sihat.

“Kompleks ini lengkap dengan gelanggang futsal, bola keranjang dan trek jogging yang selamat. Harap semua kemudahan ini akan beri keselesaan dan generasi muda dapat membina keluarga di sini,” katanya.

Lembah Klang Raya yang diumumkan menerusi belanjawan tahun ini dengan peruntukan RM2 juta menggabungkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.

Lembah ini berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima lembah utama Asia sekiranya dapat direalisasikan sepenuhnya.

Antara persembahan yang diadakan pada Majlis perasmian COART Pesta Seni Komuniti Puchong 2024 di Taman Wawasan Recreational Park, Puchong pada pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sementara itu. Sze Han berkata program menonjolkan seni budaya komuniti setempat itu dijangka menarik 8,000 peserta sepanjang berlangsung dari semalam hingga hari ini.

“Festival ini menyoroti kehidupan seni dan budaya di Puchong dan menjadi platform menyatukan pelbagai bangsa selain menggalakkan penduduk menghargai keindahan alam serta menyeimbangkan antara aktiviti rekreasi dan seni,” katanya.

 


Pengarang :