Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika pelancaran Ikon Alam Sekitar Selangor 2024 di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Hulu Selangor pada 8 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Raja Muda berkenan rasmi Tapir Malaya jadi ikon alam sekitar

HULU SELANGOR, 8 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan melancarkan Ikon Alam Sekitar Negeri di Pusat Konservasi Tapir Sungai Dusun, di sini hari ini.

Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan lafaz perasmian, menanam pokok Rambutan Pacat, membuat pelepasan Burung Kuang Raya dan lawatan ke kandang haiwan ikonik iaitu anak Tapir Malaya.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menanam anak pokok Rambutan Pacat ketika majlis perasmian Ikon Alam Sekitar Selangor 2024 di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Hulu Selangor pada 8 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata pemilihan Tapir Malaya sebagai ikon merupakan simbolik generasi kehidupan liar yang dilindungi dan disayangi.

“Seekor anak tapir telah dilahirkan di pusat konservasi pada 12 Februari lalu telah dinamakan sebagai Bumi.

“Bumi merupakan anak tapir pertama dilahirkan pada tahun ini. Bumi akan menjadi wajah utama dalam kempen, program dan siri pendidikan berkaitan kesedaran alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran yang turut dihadiri Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim dan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao.

Orang ramai memberi tapir makan ketika majlis pelancaran Ikon Alam Sekitar Selangor 2024 di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Hulu Selangor pada 8 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Jamaliah menjelaskan tapir memainkan peranan penting dalam ekosistem untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berusaha memelihara spesis haiwan tersebut dan alam sekitar.

“Ia merupakan spesis yang unik dan melambangkan kekayaan kepada sumber biodiversiti di negeri ini.

“Di Pusat Konservasi di sini terdapat lapan ekor tapir yang dilindungi dan dijaga oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.


Pengarang :