Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melepaskan peserta Kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Raja Muda lepaskan 1,000 peserta lumba basikal antarabangsa Selangor

SHAH ALAM, 23 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan melepaskan peserta berbasikal kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pagi ini.

Disertai 1,000 pelumba, Tengku Amir Shah melepaskan peserta kayuhan yang memulakan kejohanan di ibu pejabat PKNS.

Acara yang disertai pelbagai negara antaranya dari Britain, Jepun, Singapura, Brunei, Australia, Indonesia dan Filipina, pelumba merentasi lebuh raya, laluan berbukit serta projek perbandaran PKNS seperti Kota Puteri, pekan ljok dan berakhir di Shah Alam sejauh 145 kilometer.

Bagi kejohanan ini, pelumba merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 dalam dua kategori perlumbaan iaitu profesional dan amatur.

Penganjuran SIR 2024 mendapat kerjasama daripada Selangor Youth Community (SAY), Cycling Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Arena Asia Malaysia. Sebanyak 49 jalan ditutup secara berperingkat sempena kejohanan SIR 2024.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (empat kanan) berkenan hadir bagi melepaskan peserta Kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Jun 2024.Turut sama EXCO Belia Sukan, Najwan Halimi (tiga kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Dato’ Mahmud Abbas (tengah).Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melepaskan peserta Kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Seramai 1,000 peserta bertanding Kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Seramai 1,000 peserta bertanding Kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :