Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan projek pembinaan pusat perubatan pakar Siraj Putra di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 10 Jun 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Raja Muda Selangor lancar projek pusat perubatan pakar Siraj Putra UPM

SHAH ALAM, 11 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan projek pembinaan pusat perubatan pakar Siraj Putra di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Selangor Royal Office dalam kenyataan berkata pembinaan pusat perubatan pakar berkenaan dalam kawasan Putra Medical City, UPM bermula Januari 2025 dengan anggaran kos RM400 juta.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan projek pembinaan pusat perubatan pakar Siraj Putra di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 10 Jun 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office

“Pusat perubatan ini bakal memuatkan kapasiti 300 katil dan dijangka beroperasi pada Julai 2027.

“Projek ini juga dijangka menjadi pemangkin dan perintis kepada UPM sebagai model pembangunan mampan ke arah meningkatkan pendapatan universiti,” menurut kenyataan itu.

Pada majlis sama, Tengku Amir Shah turut menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Sirage Medco Sdn Bhd dan YT Medical City Sdn Bhd.


Pengarang :