Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Saringan kesihatan DUN Seri Serdang, Tanjung Sepat minggu depan

SHAH ALAM, 2 JUN: Orang ramai khususnya penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat dan Seri Serdang dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma pada 8 dan 9 Jun.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata Selangor Saring bermula 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Jubli Emas Kampung Endah, Banting (8 Jun) dan Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan (9 Jun).

“Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Anda digalak membuat prapendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko setiap individu di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800 226 600 jika mengalami masalah berkaitan pendaftaran,” katanya di Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :