Orang ramai menjalani saringan kesihatan percuma ditawarkan Kerajaan Negeri melalui Selcare pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Saringan kesihatan percuma DUN Seri Serdang Ahad ini

SHAH ALAM, 6 JUN: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang pada Ahad ini.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata program bermula 9 pagi hingga 3 petang itu diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Serdang.

“Orang ramai dipelawa menyertai inisiatif Selangor Saring yang menawarkan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi,” katanya.

Penduduk digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :