Orang ramai mengambil peluang menjalani saringan kesihatan percuma ditawarkan Kerajaan Negeri melalui Selcare pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Saringan kesihatan percuma hujung minggu ini, daftar di SELangkah

SHAH ALAM, 26 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri pada 29 dan 30 Jun ini.

Selangor Saring diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia pada 29 Jun dan Dewan Sri Jugra (30 Jun).

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :