AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 15 JUN:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 2 petang.

Agensi itu di Facebook turut meramalkan keadaan sama di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :