AGENDAAGENSISELANGOR

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 1 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Cuaca sama turut diramal melanda seluruh Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :