Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Abbas Azmi mengedarkan kalendar 2024 kepada pengunjung program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) peringkat DUN Seri Serdang, di pekarangan Surau Nurul Ikhlas, Seri Kembangan pada 18 Disember2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sempena Aidiladha, DUN Seri Serdang anjur kenduri rakyat 18 Jun

SHAH ALAM, 16 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang akan menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat sempena Aidiladha pada 18 Jun ini.

Wakil rakyatnya Abbas Azmi berkata berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Kampung Sri Aman Puchong, kira-kira 1,500 tetamu dijangka memeriahkan majlis kenduri bermula 8 malam itu.

Katanya dimulakan dengan program ibadah korban pada sebelah pagi secara gotong-royong bersama masyarakat Kampung Batu 12 dan Kampung Sri Aman Puchong, kenduri rakyat diteruskan pada sebelah malam.

“Jemput datang beramai-ramai memeriahkan majlis yang akan diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan qasidah.

“Program ini bagi menghidupkan budaya rewang selain mengeratkan silaturrahim penduduk sekitar,” katanya kepada Selangorkini.

Selain itu, katanya sebanyak 10 ekor kambing dan empat lembu diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk masjid dan surau sekitar DUN itu.

“Tiga ekor lembu kita agih kepada masjid dan surau, 10 ekor kambing kepada surau kecil dan seekor lembu korban untuk majlis kenduri rakyat,” katanya.

Sempena perayaan Aidiladha tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban, membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu.

Haiwan berkenaan diagih kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).

 


Pengarang :