Orang ramai mengunjungi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

SIBS terima penyertaan tinggi dari negara luar, sasar transaksi RM7 bilion

SUBANG JAYA, 23 JUN: Inisiatif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) mempromosi Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) berbaloi selepas menerima penyertaan tinggi dari negara luar.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata beberapa tahun ini Invest Selangor giat menjalankan siri promosi di luar antaranya Indonesia, Thailand dan Vietnam bagi mencari peluang menjalin kerjasama memacu ekonomi.

“Sambutan sangat menggalakkan. SIBS bukan hanya terima penyertaan dari luar negara tetapi juga banyak syarikat dan agensi tempatan mahu sertainya.

ADN Kinrara, Ng Sze Han bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian COART Pesta Seni Komuniti Puchong 2024 di Taman Wawasan Recreational Park, Puchong pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Jadi tahun ini kita anjurkan dua kali supaya lebih ramai dapat sertai sekali gus memberi manfaat kepada sektor ekonomi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Seni Komuniti Puchong di sini hari ini.

SIBS yang diperkenal pada 2016 menarik penglibatan pelbagai pihak agensi kerajaan serta negara luar antaranya China, Japan, Uganda, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia.

Sidang menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan).

Turut dianjur Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

Tahun ini sidang berlangsung pada Julai dan Oktober dengan sasaran transaksi pelaburan berjumlah RM7 bilion.

Tahun lalu, sidang bertaraf antarabangsa itu merekodkan nilai transaksi pelaburan RM6.12 bilion, meningkat empat kali ganda berbanding sasaran RM1.5 bilion.

ADN Kinrara, Ng Sze Han (tengah) bergambar pada Majlis Perasmian COART Pesta Seni Komuniti Puchong 2024 di Taman Wawasan Recreational Park, Puchong pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :