Dr G Gunaraj (belakang, tengah) bersama pelajar cemerlang SPM di DUN Sentosa yang diraikan dalam Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2023 pada 19 Jun 2024. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj
ADNSELANGOR

Suntik semangat, wakil rakyat Sentosa rai 31 pelajar cemerlang SPM

SHAH ALAM, 20 JUN: Seramai 31 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa dirai dalam satu acara semalam.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2023 bertujuan menyuntik semangat anak-anak untuk terus berjaya dan berusaha meraih kejayaan.

“Majlis diadakan bagi meraikan kejayaan anak-anak di DUN Sentosa yang cemerlang memperoleh keputusan semua A atau 8A ke atas.

“SPM adalah cabaran pertama untuk peroleh keputusan cemerlang, semoga ia berikan lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya dalam perjalanan pendidikan,” katanya menerusi Facebook.

Gunaraj turut mengucapkan penghargaan kepada ibu bapa dan keluarga pelajar yang tidak jemu berdoa dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak.

 

 


Pengarang :