Penduduk setempat melapah lembu korban di Surau An-Nur, Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya pada 14 Ogos 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.
ADNSELANGOR

Surau, masjid DUN Kinrara terima kambing, lembu untuk korban

SHAH ALAM, 4 JUN: Sebanyak 16 surau dan masjid sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima sumbangan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han menjelaskan setiap institusi menerima seekor lembu atau dua ekor kambing diberikan Kerajaan Negeri bagi menjalankan ibadah korban.

Beliau berkata tujuh surau lain bawah kawasannya yang tidak menerima bantuan negeri pula diberikan RM2,000 setiap satu untuk membeli sendiri kambing atau lembu.

“Menerusi bantuan ini, semua surau dan masjid sekitar DUN Kinrara boleh menjalankan ibadah korban. Kita terima permohonan mereka ketika Syawal lalu,” katanya.

Sempena Aidiladha tahun ini, negeri memperuntuk RM6 juta bagi ibadah korban, membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu yang diagih kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).


Pengarang :